DAP Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa negeri hari ini bagi membincangkan syor persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya serta kesannya kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata parti-parti politik dan pemikir di seluruh negara telah meneliti pelan persempadanan semula yang dicadangkan SPR dan jelas bahawa tindakan itu adalah percubaan bagi memenangkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika pada tahun 2013, Barisan Nasional menerima kurang daripada 48 peratus undi popular sekali gus kesimpulan logik bahawa parti pemerintah akan menerima undi yang lebih kecil dalam PRU14.
"Oleh itu muslihat untuk BN adalah untuk melukis semula sempadan kawasan pilihan raya ke tahap di mana BN akan dijamin kemenangan besar walaupun undi popular mereka terus merosot," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya, cara yang paling mudah untuk BN memenangi PRU adalah untuk menarik pengundi pembangkang ke kawasan pilihan raya yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengundi dan mengecilkan jumlah pengundi BN di kawasan pro-BN.
"Contoh yang paling jelas adalah di kerusi Petaling Jaya Utara yang diperbesarkan daripada 85,401 pengundi kepada 150,439 pengundi.
"Kawasan itu baru dibesarkan, ditukar nama kepada 'Damansara' dijangka mencapai majoriti 73,533 berdasarkan rekod mengundi 2013, berbanding dengan majoriti sebenar 44,672.
"Hasilnya, kawasan Subang (dinamakan semula sebagai 'Sungai Buloh') menjadi satu kerusi yang sangat kecil dengan hanya unjuran 3,037 majoriti berbanding 26,719 dicapai pada tahun 2013," katanya.
Sebelum ini, SPR menafikan dakwaan kajian semula persempadanan yang dilakukan suruhanjaya itu bertujuan demi kepentingan pihak tertentu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata SPR sudah menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Sep 19 2016
Tony Pua berkata, mesyurat tergempar itu diadakan bertujuan untuk membincangkan syor persempadanan semula yang dicadangkan SPR - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan - SESB
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.
Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
DAP kekal pertahan 16 kerusi pada PRN Selangor
Agihan kerusi berkenaan merupakan bilangan yang telah dipersetujui di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Persempadanan semula: DAP Selangor adakan mesyuarat tergempar hari ini
Menurut Tony Pua, pelan persempadanan semula yang dicadangkan SPR itu adalah percubaan bagi memenangkan UMNO dalam PRU14.
DAP Selangor nyatakan sokongan padu untuk Anwar
DAP Selangor bagaimanapun menyatakan penerimaan mereka terhadap penyertaan Anwar di Selangor dan DAP mahu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam menjadikan Selangor lebih maju.